Wednesday, 23 August 2017



PENGURUSAN DALAM ISLAM







BAB 2 : OBJEKTIF DAN PRINSIP PENGURUSAN ISLAM.


OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM.

1. Objektif sesebuah organisasi merupakan gagasan umum yang melambangkan matlamat yang  hendak dicapai dan menjadi garis panduan oleh sesebuah organisasi.

2. Objektif yang jelas membolehkan segala sumber serta usaha digerakkan ke arah pencapaian        objektif.

3. Perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan mengambil kira realiti masa, pengalaman     masa lampau serta tuntutan untuk masa hadapan.

4. Objektif juga membolehkan pengukuran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap                  pencapaian yang diperoleh dan mengenal pasti masalah, cabaran serta pendekatan yang dilakukan       untuk menghadapi masalah yang datang.


MATLAMAT UMUM SYARIAH ( MAQASID SYARIAH )




PRINSIP PENGURUSAN ISLAM.


Al-Ubudiyyah

Al-ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah.


KONSEP UBUDIYYAH

  1. Allah tidak meredai hamba-Nya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat seperti masjid atau surau semata mata untuk tujuan beribadat, sedangkan manusia boleh beribadat di mana-mana sahaja sama ada di kebun atau ditempat tempat perniagaan. Hal yang demikian kerana Allah mengetahui kesemua perlakuan ibadat dan pekerjaan yang dilakukan oleh seorang hamba-Nya. Segala ibadat dan pekerjaan yang ikhlas dapat mendekatkan hamba kepada Penciptanya.                                                                      
  2. Hubungan manusia dengan Allah SWT adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan ( ubudiyyah) Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepada-Nya.


Al-Syura

Al-syura bermaksud muzakarah atau musyawarah juga merupakan unsur yang dianggap penting dalam kehidupan seharian.


KEPENTINGAN AL-SYURA

  1. Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal. Keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada pandangan seorang.
  2. Syura dapat memantapkan keputusan yang dibuat hasil perbincangan yang lebih matang dan mendalam.
  3. Syura juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana sesuatu perkara itu dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.
  4. Syura bertujuan meningkatkan komitmen pekerja kerana keputusan tersebut yang dibuat itu adalah keputusan bersama.

FUNGSI SYURA
  1. Menggubal peraturan-peraturan organisasi.
  2. Meluluskan program-program kewangan.
  3. Meluluskan kontrak, perkongsian dan perjanjian dengan organisasi luar.
  4. Menggunakan harta dan belanjawan organisasi sebagaimana yang diputuskan oleh syura.
  5. Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut  syariah.
Al-Hurriyah

Al-Hurriyah bermaksud kebebasan.Kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan Islam.Prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan Islam terhadap kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan. Oleh itu, Islam menentang sebarang bentuk perhambaan tanpa sebarang alasan kecuali perhambaan terhadap Allah SWT ( Rasid et al,2008)

         Islam menjamin kebebasan manusia dari aspek hak asasi kemanusiaan yang melibatkan perkara-perkara yang berikut :

  1. kebebasan beragama atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti
  2. kebebasan berfikir
  3. kebebasan bersuara
  4. kebebasan memiliki dan mencari harta
  5. kebebasan untuk menuntut ilmu
  6. kebebasan bergerak      
Al-Musawah

Al-Musawah atau persamaan adalah antara prinsip-prinsip pengurusan dalam Islam. Persamaan ini berkaitan dengan hakikat bahawa manusia berasal daripada keturunan yang satu,iaitu berasal daripada nabi Adam a.s .Perkara-perkara yang membezakan setiap seorang manusia dengan manusia yang lain ialah amalan tanggugjawab dan ketakwaan.
  1. Semua warga organisasi harus diterima sma rata, terutama dari sudut peraturan dan undang-undang
  2. Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan,kerana setiap manusia mempunyai maruah,kecenderungan dan sifat serta cita rasa yang tersendiri.
  3. Persamaan juga hendaklah diaplikasi dari sudut peluang dan kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat merasai peluang dan hak yang sama
  4. Pembahagian tugas hendaklah mengambil kira aspek kemanusiaan dan pesamaan.
Al-Adalah 

Islam merupakan agama yang mementingkan keadilan. Keadilan dalam islam merujuk kepada hak,iaitu pemberian hak kepada yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya ( Siddiq,2003 )
Dalam konteks pengurusan organisasi,keadilan merupakan tunjang kepada segala bentuk amalan pengurusanyang dilaksanakan dengan melibatkan perkara-perkara yang berikut :
  1. Keadilan perlu diamalkan dalam proses pengambilan pekerja agar pekerja yang dipilih menepati kriteria dan kelayakkan yang ditetapkan.
  2. keadilan juga perlu dilaksanakan dlam pembahagian tugas supaya tugas tersebut diserahkan kepada yang layakmengambilkira bakat,potensi dan kekuatan.
  3. Keadilan harus dilaksanakan dalam menjatuhkan hukuman bukan berdasarkan kedudukan atau pilih kasih.


PRINSIP DAN PERANCANGAN OPERASI.
Prinsip dan perancangan operasi merupakan tanggungjawab semua pihak pengurusan sama ada pada peringat atasan mahupun peringkat penyeliaan.Setelah perancangan strategik dibuat bagi mencapai objektif organisasi,prinsip dan perancangan strategik tersebut (Juhary,2000). Prinsip dan perancangan operasi ini terbahagi kepada dua :

1. RANCANGAN UNTUK TUJUAN TERTENTU.
  1. PROGRAM - Mengandungidan menerangkan secara menyeluruh aktiviti yang akan dijalankan seperti langkah demi langkah yang perlu diikuti oleh kakitangan yang dipertanggungjawab melalui jadual penyediaan program 
  2. PROJEK- Tugas-tugas kecil di dalam program yang menunjukkan kakitangan tertentu yang telah dipertanggungjawab.
  3. BELANJAWAN- Disifatkan sebagai satu alat untuk mengawal perjalanan aktiviti agar mematuhi peruntukan yang telah ditetapkan.
2.RANCANGAN KEKAL
.
        1.  DASAR - Panduan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan,untuk membuat keputusan dan mencari jalan keluar bagi mengelakkan konflik dan kekeliruan yang mungkin timbul pada peringkat bawahan
      2.   PROSEDUR YANG SELARAS - Tatacara atau kaedah menerangkan cara untuk menjalankan tugas agar kakitangan dapat melaksanakan tugas dengan seragam.
      3.  PERATURAN - Satu pernyataan bagi mengawal sesuatu tindakan itu boleh dibuat atau tidak. Tanda atau kenyataan seperti "KAWASAN INI ADALAH KAWASAN LARANGAN MEROKOK" merupakan satu peraturan yang dikenakan pihak tertentu atau orang ramai.

KETAATAN KEPADA ORGANINASI.

Ketaatan kepada organisasi merujuk kepada ketaatan seseorang pekerja kepada pengurus dan seorang pengurus kepada ketuanya. Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan Islam, maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikannya.



‘Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “ Ulil-Amri ” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu, kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-quran) dan (Sunah) Rasulnya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.’

                                                                                                  (SURAH AL-NISA 4:59)    

Ayat ini menunjukkan bahawa ketaatan kepada Allah dan rasul merupakan ketaatan yng mutlak dan tanpa bersyarat. Selain itu, ketaatan kepada yang lain mempunyai syarat tersendiri selagi tidak bercanggah dengan arahan Allah dan rasulnya. Konsep ketaatan ini melibatkan semua keadaan,samada dalam keadaan senang atau susah.

Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu :

  1. Kesetiaan kepada organisasi
Seseorang pengurus mesti setia kepada organisasinya, ia tidak boleh:

a) Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada organisasinya.
b) Membuat keputusan yang mumgkin membawa kepada kerugian syarikatnya.
c) Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasi yang lain seperti                 memberi maklumat rahsia organisasinya kepada organisasi pesaing.
d) Bekerja dengan dua organisasi yang berbeza dalam satu-satu masa tertentu.


      2. Kepatuhan kepada disiplin.

a) Kepentingan disiplin sememangnya tidak dinafikan bagi memastikan operasi organisasi berjalan        dengan lancar.
b) Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh setiap individu yang               bekerja didalamnya.
c) Tanpa disiplin, operasi akan jadi kacau bilau yang akibatnya akan memusnahkan organisasi.
d) Setiap pengurus diamanahkan oleh majikan dan pihak pengurusan atasan bagi memastikan segala       peraturan dan arahan berkaitan dengan kerja diikuti oleh pekejanya dan pengurus itu sendiri.


DEFINISI ORGANISASI

Organisasi ialah satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan yang lain bagi mencapai matlamat individu,kumpulan dan organisasi. Perkataan organisasi didefinisikan sebagai struktur perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaan (Jackson dan Musselmen, 2006).

CIRI-CIRI ORGANISASI

a) Dibentuk melambangkan identitinya yang tersendiri.
b) Mempunyai hierarki atau tingkat autoriti.
c) Terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan.






BAB 3 : PROSES PENGENDALIAN PENGURUSAN ISLAM.

Keempat-empat elemen ini saling berkaitan antara satu sama lain.justeru,proses pengurusan dilaksanakan secara bersama.semasa membuat perancangan kerja-kerja penyusunan organisasi,pengarahan oleh pemimpinan dan pengawasan secara keseluruhan juga terlibat.
  1. PERANCANGAN. 
  2. PENGORGANISASIAN.
  3. KEPIMPINAN.
  4. PENGAWASAN.
PERANCANGAN
Dalam sesebuah organisasi perancangan merupakan sesuatu perkara yang paling utama dan perlu dititikberatkan oleh pihak pengurusan. Tanpa perancangan yang rapi dan tersusun sesebuah organisasi yang dibina tidak akan dapat beroperasi dengan baik dan cemerlang. Menururt Wan Azmi Ramli (1981), dalam bidang pengurusan, merancang, merupakan fungsi yang pertama.
Menurut Rasid et al. (2011) Elemen perancangan biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:
1.     Pengenalpastian sumber yang ada
2.    Penentuan matlamat atau objektif organisasi
3.    Penentuan garis panduan untuk mencapai objektif
4.    Jangka waktu yang ditentukan untuk mencapai objektif
5.    Falsafah dan prinsip organisasi
6.    Keseluruhan kegiatan organisasi

DEFINISI
Perancangan ditakrifkan sebagai satu proses menentukan objektif yang dikehendaki dan seterusnya membina strategi-strategi tindakan yang sesuai dan terbaik dengan mengambil kira faktor-faktor dalam organisasi dan persekitaran luaran yang akan mempengaruhi sesebuah organisasi untuk mencapai objektif tersebut.
Sesuatu perancangan yang berorientasikan masa depan seharusnya melibatkan penentuan dan pengusunan tentang persoalan-persoalan yang berikut:
(a)Apakah kerja-kerja yang perlu dilakukan?
(b)Bilakah pelaksanaannya akan dilakukan?
(c)Siapakah yang akan terlibat dalam kerja-kerja tersebut?
(d)Bagaimanakah kerja-kerja tersebut dilakukan?
(e)Di manakah pelaksanaan tersebut akan dilakukan?

Menurut Azman Che Omar (2002) prinsip perancangan dalam pengurusan dalam islam adalah seperti berikut:
(a)Dirancang oleh semua individu di dalam organisasi
(b)Perancangan perlu fleksibel
(c)Dilaksanakan secara berjemaah
(d)ketentuan kejayaan perancangan datangnya daripada Allah SWT


PROSES PERANCANGAN DALAM PENGURUSAN ISLAM
Antara proses perancangan yang boleh dilakukan adalah:
1.Menentu dan menetapkan hala tuju sesebuah organisasi.
  Hala tuju merupakan asas penting kepada sesuah perancangan.
  Hala tuju yang ditetapkan mestilah:
   (a)Rasional, praktikal dan boleh dicapai
   (b)Boleh diukur
   (c)Berhierarki dan rangkaian yang melibatkan jabatan, unit, bahagian dan
       sebagainya
 Elemen-elemen bagi menetapkan hala tuju organisasi biasanya melibatkan perlara yang berikut:
  (i)Mengenal pasti sumber yang ada
  (ii)Bertepatan dengan falsafah, prinsip dan kegiatan organisasi       
  (iii)Menentukan garis panduan untuk mencapai hala tuju
  (iv)Jangka waktu yang ditentukan untuk mencapai matlamat

2.Menganalisis suasana dan status semasa
Para pengurusan dalam organisasi perlu menganalisis suasana dan status semasa yang melibatkan persekitaran dalaman dan luaran organisasi serta hubungannya dengan matlamat yang hendak dicapai. Dalam langkah ini,pengurus perlu melihat keupayaan dan pencapaian organisasi. Kemudian, barulah membuat penialaian secara kritis sekali gus menjawab persoalan tentang prestasi sebenar organisasi tersebut.

3.Membuat analisis bantuan dan halangan
Sesuatu organisasi yang ingin mencapai matlamat yang telah ditetapkan haruslah membuat andaian asas tentang masa depan organisasi. Analisis terkenal dalam mengenal pasti bantuan dan halangan kepada perancangan ialah analisis SWOT (Edward De Bono). SWOT membawa erti kekuatan (strength), kelemahan (weakness), peluang (opportunity), dan ancaman (threat), bagi sesebuah organisasi.

4.Mewujudkan strategi yang sesuai
Pengurusan perlu mewujudkan strategi yang sesuai dna plan tindakan untuk melaksanakan strategi tersebut bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Strategi dan rancangan tindakan boleh dilihat melalui pelbagai perspektif, iaitu:
  (a)Melalui fungsi-fungsi bahagian atau jabatan seperti rancangan pengurusan               
      sumber manusia.
  (b)Melalui jangka waktu tertentu sama ada rancangan tersebut merupakan
       Rancangan jangka pendek atau rancangan jangka panjang.
  (c)Melalui perhubungan dan kaitannya dengan persekitaran.

Beberapa peringkat dalam strategi dakwah Rasullulah SAW di Mekah dan Madinah yang telah dilaksanakan oleh Baginda mengambil kira beberapa faktor:
(i)Peringkat pertama
   Dakwah yang dilaksanakan adalah bersifat tertutup atau sulit.
(ii)Peringkat kedua
    Setelah umat Islam mencapai kekuatan dan bilangan umat Islam semakin
    bertambah ketika itu, dakwah dijalankan secara terbuka dan terang-terangan.
(iii)Peringkat ketiga
     Apabila ancaman yang dihadapi oleh umat Islam semakin kuat, Baginda telah
     Merancang untuk berhijrah ke Madinah agar ajaran Islam masih dapat disebarkan.




PENGORGANISASIAN.

Pengorganisasian ataupun penyusunan merujuk kepada proses pembahagian setiap sumber yang ada,sama ada manusia,benda atau perkara pada kedudukan yang sesuai,kegunaan yang munasabah,fungsi yang jelas dan peranan yang berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.


Proses Penyusunan.








Contoh  penyusunan.

Penyusunan  yang telah dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. ketika berhijrah ke Madinah.
  • Meminta Saidina Ali bin Abi Talib menggantikan baginda di tempat tidur.
  • Berhijrah pada waktu malam bersama-sama Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Baginda dan Saidina Abu Bakar memilih jalan yang jarang-jarang dilalui oleh orang Quraisy.
  • Mereka juga  bersembunyi di Guar Thur selama tiga hari .
  • Sepanjang mereka di Guar Thur Asma binti Abu Bakar membekalkan makanan kepada mereka.
  • Abdullah bin Abu Bakar ditugaskan untuk mendengar perkhabaran kaum Quraisy dan menyampaikan berita kepada Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar pada malam hari.
  • Amir bin Furaihah ditugaskan menutup kesan tapak kaki  baginda,Abu Bakar,Abdullah dan Asma' melalui kesan tapak kaki binatang ternakannnya.
  • Seorang Yahudi iaitu Abdullah bin Uraiqat menunjuk jalan yang paling selamat di Madinah.

KEPIMPINAN

Islam amat mementingkan elemen kepimpinan bagi melahirkan sebuah organisasi yang disegani oleh masyarakat lain.


DEFINISI

Kepimpinan bermaksud keupayaan seseorang pemimpin (ketua) pada setiap peringkat pengurusan yang mendorong, mempengaruhi, membawa dan menggunakan setiap sumber organisasi yang wujud supaya saling berperanan dan berfungsi untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan.

KONSEP KEPIMPINAN

Kepimpinan dalam Islam merupakan satu amanah. Kepimpinan ialah tanggungjawab yang lahir daripada autoriti yang sahih.

PENGARAHAN

Pengarahan merupakan penggunaan kuasa dan mandate yang ada pada seseorang pemimpin yang perlu digunakan secara berkesan. Seperti yang dihuraikan oleh Abdul Aziz Yusof (2000), kuasa memberi keistimewaan kepada pemimpin seperti berikut:
1.Mengarahkan pekerjanya untuk melakukan tugas dan perubahan sebagimana yang
  dikehendaki.
2.Mengagihkan tugas dalam melaksanakan perubahan.
3.Membuat keputusan terutamanya dalam menentukan; siapakah yang layak untuk
  melakukan perubahan, apakah yang perlu diubah dan bagaimanakah perubahan
  perlu dilakukan?
4.Kuasa merupakan satu symbol atau penghormatan.
5.Memberi idea baru dan meyakinkan pihak lain untuk menerima idea yang 
   dikemukan.
6.Membuat justtifikasi ke atas setiap perubahan yang dicadangkan.
7.Mempengaruhi individu tertentu atau kumpulan untuk memihak kepadanya apabila
   mengemukakan cadangan atau ingin melakukan perubahan.

TANGGUNGJAWAB  PEMIMPIN

Antara kewajipan pemimpin terhadap pekerja di bawah pimpinannya ialah:
1.Hendaklah menjadi contoh teladan yang baik dalam segala perkara.
2.Menjaga hubungan di samping menitikberatkan urusan terhadap pekerja dan 
   bertindak adil dalam segala urusan.
3.Meminta pandangan orang ramai serta menghormati pendapat mereka.
4.Mempunyai keyakinan terhadap keupayaan pekerja dalam melaksanakan sesuatu
  yang diserahkan kepada mereka.
5.Sentiasa mengawasi dan memerhati pekerja dalam melaksanakan tanggungjawab.

Lima operasi yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut:
1.Mengadakan matlamat dan menentukan strategi yang perlu dilakukan bagi
  mencapai matlamat tersebut.
2.Membahagikan kerja untuk dilakukan oleh ahli-ahli organisasi.
3.Memotivasikan ahli-ahli organisasi dan berkomunikasi dengan mereka.
4.Membuat penilaian terhadap kerja yang dilakukan oleh ahli organisasi.
5.Membangun dan memperkembangkan diri sendiri dan ahli organisasi.

PRINSIP KEPIMPINAN

1.Kepimpinan mestilah melibatkan orang lain, iaitu pekerja atau pengikut.
2.Kepimpinan melibatkan pembahagian seseorang pemimpin didapati tidak sama
  Antara pemimpin dengan ahli kumpulan.
3.Kepimpinan melibatkan gaya dan suasana yang diwujudkan oleh pemimpinnya.
4.Arah tuju kepimpinan dalam Islam mestilah tidak menyeleweng daripada syariat 
  Islam.

BENTUK-BENTUK KEPIMPINAN

1.Kepimpinan Demokrasi
   Dalam corak kepimpinan demokrasi ini, segala keputusan ialah hasil daripada suara
   ramai.
2.Kepimpinan Autokrasi
  Kepimpinan autoraksi ialah pemerintahan atau kepimpinan yang mempunyai kuasa
   penuh (tidak terhad). Segala perancangan dan pelaksanaan ditentukan oleh
   pemimpin tanpa mengambil mandat daripada orang ramai.
3.Kepimpinan Laissez faire
   Kepimpinan bentuk ini, pemimpinnya seolah-olah tidak berperanan. Segala
   keputusan aktiviti dan pelaksanaan sesuatu perkara diserahkan kepada pengikutnya.








PENGAWASAN.

Pengawasan bermaksud memastikan semua aspek pengurusan seperti perancangan, penyusunan, kepimpinan, membuat keputusan dan pelaksanaan keputusan berjalan mengikut apa perancangan yang ditetapkan.

Azman Che Omar (2003) mentakrifkan pengawasan dalam konteks organisasi sebagai satu proses dalam menentukan kerja atau aktiviti yang dilakukan atau terdapat di dalam organisasi supaya berjalan lancar mengikut perancangan yang sedia ada.

Jaafar Muhammad (2003) mendefinisikan pengawasan sebagai satu proses menentukan atau menjamin supaya kegiatan organisasi ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Ahmad Ibrahim Abu Sin (2002) pula menjelaskan bahawa kawalan ini melibatkan seluruh kegiatan organisasi, iaitu yang melibatkan perancangan, pengorganisasian dan juga pengarahan serta proses membuat keputusan.

Tahap-tahap pengawasan.
Ø Pengawasan kendiri.
Ø Pengawasan Dalaman.
Ø Pengawasan Luaran.

Proses kawalan.
Menetapkan  piawai.
 Menilai atau mengukur prestasi.
Membandingkan pencapaian prestasi dengan piawai.
Membuat tindakan pembetulan sekiranya berlaku kegagalan.
Menambah baik prestasi.




  

KESIMPULAN.

 Islam telah menggariskan panduan dan tatacara untuk menguruskan sesebuah organisasi dengan kaedah-kaedah yang amat relevan dan berkesan.Pengendalian pengurusan kerja yang merangkumi aspek perancangan,pengorganisasian ,kepimpinan, dan pengawasan merupakan elemen-elemen yang sepatutnya ditekankan oleh semua pihak dalam organisasi bagi melahirkan pengurusan yang baik  serta bertaraf dunia.



                                                                         ~ TERIMA KASIH~

PENGURUSAN DALAM ISLAM BAB 2 : OBJEKTIF DAN PRINSIP PENGURUSAN   ISLA M. OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM. 1. Objektif ses...